Suki Low Sook Yee
Suki Low Sook Yee

Suki Low Sook Yee

Low Sook Yee (Cina Tradisional: 劉淑怡, Cina Ringkas: 刘淑怡, pinyin: liú shūyí; lahir 26 Disember 1990) atau lebih dikenali sebagai Suki, ialah juara pertandingan One in a Million yang merupakan pertandingan realiti menyanyi pertama di Malaysia yang menawarkan hadiah sejuta ringgit kepada juaranya.Pada pertandingan akhir pada 22 September 2006, beliau meraih 39% daripada undian penonton dengan persembahan lagu Berdiri dan Everything, lalu mengalahkan Alif Satar dan Faizal Tahir yang masing-masing meraih 27% dan 34% undian.